Seminggu di Jerman

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kerana dengan rahmatnya saya dan sahabat yang lain selamat tiba di German padi hari yang barakah iaitu pada hari Jumaat. Walaupun menghadapi sedikit masalah berkenaan dengan beg kami apabila kami transit di Perancis, namun segalanya berjalan lancar.

Di sini suka untuk dicoretkan beberapa pengajaran yang boleh diambil dari bumi gergasi teknologi eropah ini. Bukan mahu mengagungkan mereka, jauh lagi mencaci negara sendiri, cuma mahu kita semua ambil sedikit pengajaran dari penulis yang telah berada di sana selama seminggu.

                                                                * * *



1. Tepati masa

Perkara ini sangat-sangat penting bagi mereka. Mereka tidak datang awal, tetapi tepat pada waktunya. Selama kami naik pengangkutan awam di sini, tidak pernah terlewat melainkan bas . Itu pun terlewat 2 minit sahaja.

2. Menghormati wanita

Jangan terkejut jika mereka menganggap anda biadap bila mana tidak mengutamakan wanita. Sebagai contoh bila anda berada di restoran, mereka akan mengambil pesanan dari wanita terlebih dahulu.

3. Senyum dan salam

Di sini penulis berasa seronok sangat untuk senyum dan memberi salam kepada mereka kerana perkara ini adalah budaya mereka. Salam di sini bermaksud menegur mereka dan mendoakan kebaikan untuk semua. 'Guten Morgen' atau selamat pagi adalah salam yang sering diucapkan sesama mereka.

“Diantara tanda dekatnya hari Kiamat adalah hanya memberi salam kepada orang yang dikenal dan orang-orang melintas di dalam masjid tanpa mengerjakan sholat didalamnya.” (Hadits Hasan Lighoirihi, diriwayatkan oleh Imaam Ath Thabrony رحمه الله dan Imaam Al Bazzaar no: 1459 dan di-shohiihkan oleh Syaikh Nashiruddin Al Albaany dalam Silsilah Hadiits Shohiih no:  647)

4. Bersederhana dalam setiap perkara

Walau mereka sangat berdisiplin dan tegas, tetapi mereka tidak suka kepada mereka yang terlampau ekstrem. Terutamanya dalam hal agama. Prinsipnya mudah, aku hormat agama kamu, kamu hormat agama aku. Dan juga bersederhana dalam hal lain seperti cara-cara untuk berjimat dalam penggunaan air.

“Agama itu mudah, tidaklah agama itu diperkeraskan oleh seseorang melainkan agama itu akan mengalahkannya – yakni orang yang memperkeras-keraskan itu sendiri yang nantinya akan merasa tidak kuat meneruskannya. Maka dari itu, bersikap luruslah engkau semua, lakukanlah yang sederhana sahaja- jikalau tidak kuasa melakukan yang sesempurna-sempurnanya, bergembiralah – untuk memperoleh pahala, sekalipun sedikit, juga mohonlah pertolongan dalam melakukan sesuatu amalan itu, baik di waktu pergi pagi-pagi, sore-sore (petang-petang) atau pun sebahagian waktu malam.” (Riwayat Bukhari)
5.  Berjalan laju

Menjadi kebudayaan kita berjalan secara perlahan. Ya, tidak dinafikan, kerana faktor cuaca sejuk juga mungkin membuatkan mereka berjalan secara laju.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa:
"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada Rasulullah s.a.w. Cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar di mukanya. Dan aku tidak pernah seorang yang terlalu lasak berjalan selain baginda s.a.w. seolah-olah bumi bergulung untuknya. Jika pada satu masa baginda di sini, sebentar lagi akan kelihatan baginda di sana. Walaupun ada ketika baginda berjalan secara biasa, namun kami yang mengikuti baginda terpaksa melangkah dengan susah-payah (terpaksa berjalan dengan lebih lasak untuk bersamanya)"
6.  Sayangi bumi

Mereka sangat terkenal dengan teknologi serta tidak mencemarkan alam. Mereka sangat mengamalkan pembuangan sampah yang teratur supaya bahan yang boleh digunakan semula dapat diambil. Mereka juga ada mesin yang mana apabila anda masukkan botol yang telah diguna. anda akan dapat duit anda kembali, tetapi bukan harga asal minuman.



7.  Amalkan sikap menabung

Dari kecil mereka sudah dididik untuk menabung. Anak-anak kecil yang menabung akan mendapat hadiah dari pihak bank. Di sini juga setiap orang perlu ada dua akaun bank, dan satu akaun bank itu khas untuk simpanan sahaja, tidak boleh dikeluarkan melainkan membuat perpindahan ke akaun yang satu lagi.

8. Kebebasan berfikir dan meluahkan pandangan

Pendapat saya, perkara ini amat penting bagi menjana minda kita. Lumrah di negara kita apabila anak kecil bertanya, kita akan menjawab hangat tahi ayam ataupun kita memadamkan langsung api semangat ingin tahu mereka itu. Di sini mereka bebas untuk menyuarakan pendapat mereka yang terpendam, tidak kira agama atau politik.

9. Pelajari budaya lain

Mereka gemar mengembara, untuk mengetahui dan mempelajari budaya orang lain. Tidak hairan jika mereka lebih terbuka dan maju.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).(14:39)
10. Belajar dari sejarah

Sangat diakui, mereka punyai sejarah yang sangat menarik. Namun itu tidak berguna jika kita tidak dapat ambil sebarang pengajaran yang berguna. Mereka memutuskan, semangat national yang terlampau itu merosakkan negara mereka apabila mereka kalah pada perang Dunia. Hasilnya, hari ini mereka elakkan perkara tersebut dari terus berlaku.

Ini hanya pandangan dari manusia biasa
Ampun salah dan silap jika terslah bicara
Doakan kami di sini wahai orang di sana

Semoga hari ini lebih baik semalam

2 Kommentare:

Annas Alias hat gesagt…

gut

Unknown hat gesagt…

terima kasih, sila tunjuk ajar ya sheikh :)

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...